Cabang lain Afdlin_Shauki_bin_Aksan

Pada Disember 2016, Afdlin melengkapkan portfolio kerjayanya dengan menceburi perniagaan. Usaha tekun beliau membawa kepada tertubuhnya restoran Comedy Planet yang berkonsepkan komedi di Kilang Bateri, Johor Bahru, Johor di mana beliau lahir dan membesar. Comedy Planet menghidangkan persembahan komedi dari pelawak-pelawak profesional dan amatur dari seluruh negara dan turut menyediakan ruang pentas bagi memudahkan ‘pelanggan’ berkongsi hiburan jenaka, berpuisi dan mengetengahkan bakat seni mereka. Cawangan kedua restoran ini dibuka di Great Eastern Mall di Ampang, Selangor.[19][20][21][22][23][24]

Pada Ogos 2017, Afdlin mengumumkan yang beliau dan Datuk AC Mizal akan melancarkan stesen TV mereka yang dikenali sebagai Syiok TV yang merupakan usahasama antara mereka berdua melalui syarikat VisionWorks milik Afdlin dan Syiok Media Network milik AC.[25][26][27][28]